Posted on

Kelebihan dan Kelemahan Topologi MESH

TOPOLOGI MESH

Topologi jala atau Topologi mesh adalah suatu bentuk hubungan antara peranti di mana setiap peranti disambungkan secara terus ke peranti lain yang ada di dalam rangkaian.Topologi mesh boleh berkomunikasi langsung dengan peranti yang dituju (dedicated links)

Dengan demikian maksimum banyaknya Sambungan antara peranti pada rangkaian bertopologi mesh ini boleh dikira iaitu sebanyak n (n-1) /2. Selain itu kerana setiap peranti boleh disambungkan dengan peranti lain yang ada di dalam rangkaian maka setiap peranti mesti mempunyai sebanyak n-1 Port Input / Output (I /O ports).

KELEBIHAN

a. Hubungan dedicated links memastikan data langsung dihantar ke komputer tujuan tanpa perlu melalui komputer lain sehingga boleh lebih cepat kerana satu link digunakan khusus untuk berkomunikasi dengan komputer yang dituju sahaja (tidak digunakan secara beramai-ramai/sharing)

b. Memiliki sifat Robust, iaitu Apabila terjadi gangguan pada sambungan komputer A dengan komputer B kerana rosaknya kabel sambungan (links) antara A dan B, maka gangguan tersebut tidak akan menjejaskan Sambungan komputer A dengan komputer lain

c. Privacy dan security pada topologi mesh lebih terjamin, kerana komunikasi yang berlaku antara dua komputer tidak akan dapat dicapai oleh komputer lain.

d. Memudahkan proses pengenalan permasalahan pada saat terjadi kerosakan Sambungan antara komputer

KELEMAHAN

a.Memerlukan banyak kabel dan Port I / O Semakin banyak komputer di dalam topologi Mesh maka diperlukan semakin banyak kabel links dan Port I /O (lihat rumus perhitungan keperluan kabel dan Port).

b.setiap komputer perlu disambung secara langsung dengan komputer lain maka pemasangan dan konfigurasi menjadi lebih sukar

c. Banyaknya kabel yang digunakan juga mengisyaratkan perlunya space yang membolehkan di dalam bilik tempat komputer-komputer tersebut berada.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s