Posted on

PELANGGAN – PELAYAN (CLIENT-SERVER)


Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.
Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan. Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

KEBAIKAN RANGKAIAN PELANGGAN-PELAYAN
1 Berpusat – Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.
2 Memenuhi keperluan – Mana-mana elemen dan dokumen boleh dialihkan
secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.
3 Fleksibel – Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat
dimasukkan ke dalam sistem.
4 Interoperasi – Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail
pelanggan bekerja bersama-sama.

KEBURUKAN RANGKAIAN PELANGGAN – PELAYAN
1 Perbelanjaan – Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan
fail pelayan yang dedikasi.
2 Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang
menjamin kecekapan operasi.
3 Permasalahan – Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi
akan turut tergugat dan bermasalah.

CONTOH-CONTOH SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Di antara contoh-contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian yang melibatkan rangkaian sesama pelanggan dan pelayan-pelanggan ialah:
1 AppleShare
2 LANtastic
3 Microsoft Windows untuk Workgroups
4 Microsoft Windows NT Server
5 Novell Netware 

Tinggalkan komen